Penggunaan ICT
dalam proses pengajaran dan pembelajaran banyak memberi kesan yang baik kepada pelajar
khususnya pelajar zaman sekarang yang dikenali sebagai zaman era dgital.
Penggunaan ICT
dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan dan
keberkesanan hasil pembelajaran. Hal ini kerana pengajar dapat membuat
persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran
dan pembelajaran. Melalui cara ini pengajar dapat mencari maklumat-maklumat
berkenaan dengan pengajaran dengan lebih baik seterusnya dapat menyampaikan
kepada pelajar secara berkesan. Melalui penggunaan alat ICT sebagai alat bantu
mengajar maka proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan dan
berkesan contohnya menggunakan alat seperti powerpoint, flash, video, visual
dan mereka hanya perlu mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Melalui cara ini proses pengajaran dan
pembelajaran dapat di jalankan dengan lebih mudah, ringkas dan padat kerana
pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan menarik serta mudah
untuk di fahami. Justeru itu pelajar tidak akan mudah merasa jemu dan bosan
dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik dengan gaya
persembahan yang ditunjukkan melalui ICT. Di samping itu kesan penggunaan ICT
ialah dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta
mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Dengan adanya ICT pengajar dapat
mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya ketertumpu
kepada teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti
pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT. Melalui
penggunaan alat ICT pengajar dapat menerangkan kepada pelajar dengan lebih
terperinci serta mendalam mengenai sesuatu subjek. Contohnya penggunaan internet
sebagai alat untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai dunia
pendidikan. Kemahiran menggunakan internet membolehkan pengajar dan pelajar
mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta
efisen tanpa perlu menunggu masa yang lama seterusnya dapat di gunakan dalam
aktiviti pembelajaran. Melalui cara ini kualiti pengajaran dan pembelajaran
akan lebih berkesan kerana maklumat-maklumat dapat terus di akses kedalam
sistem. Contohnya pengajar menyediakan satu laman web atau blogg dimana semua nota,
tugasan, dan lain-lain yang berkaitan dengan sesuatu subjek dapat diakses oleh semua pelajar. Ini secara tidak
langsung dapat menjimatkan masa pengajar selain para pelajar tidak tercicir
didalam mendapatkan sesuatu maklumat mengenai subjek yang dipelajari.
Melalui Kursus Technology And Innovation
In Education (TIE) ini, ia dapat
meningkatkan kemahiran kami sebagai pengajar. Melalui kursus ini juga, kami didedahkan dengan pelbagai alatan, bahan dan kaedah pengajaran mengenai ICT
seperti komputer, software, internet dan
sebagainya. Semua benda yang berkenaan dengan ICT mempunyai berbagai fungsi dan
kegunaannya yang tersendiri dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran dikolej.
Hal ini kerana melalui penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran pengajar
dan pelajar akan lebih menguasai teknologi-teknologi terkini yang dapat membantu
dalam memahami setiap subjek yang dipelajari serta menyimpan, memproses dan
merekod setiap maklumat yang diperolehi. Kemahiran dalam menggunakan ICT ini
mampu memberi nilai tambah kepada kami agar dapat menggunakannya untuk
menyampaikan ilmu kepada pelajar agar ianya mudah untuk di fahami.
Di samping itu kami
juga dapat menambahkan pengetahuan mengenai sistem ICT melalui pengalaman yang
diperolehi semasa kursus TIE ini dijalankan. Dalam era dunia tanpa sempadan ini
pengajar perlu menggunakan setiap teknologi yang ada agar tidak ketinggalan
khususnya didalam bidang pendidikan yang banyak menggunakan ICT dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Contaoh nya teknologi “cloud system” yang diguna
pakai pada masa ini. Pengetahuan yang mendalam mengenai ICT amat penting bagi pengajar
agar ianya dapat di aplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi
memudahkan lagi pemahaman pelajar selaras dengan konsep teori Gagne. ( 9 teori
Gagne)
No comments:
Post a Comment